white rose

Tuesday 30 December 2014

Tahun 2014 vs Tahun 2015~~~~ coretan ntah pape~~

Assalamualaikum uolllzzz~~~~

pe habaqqqqq??? tetibe je kan...

after so many things happen in this 2014!!!... did u afraid of next year??

sedar x sedar... kite dah berada di penghujung thun 2014... andd....... surely naik lg 1 angka kt umor kite.. and surely..... kematian jugak smakin hampir ngan kite kan..

2015 is comingg~~~~~


so???

bile sebut sal thun baru ni kan... msti org ckp sal azam baru....

oooohhhhh pleeeeaaasseeee!!!

azam yang thun ni pon x tercapai agiiii T_T...... wuuuwaaaaa...

jdi byk laa azam yg tertunggak.... especially  azam nk tmatkan zaman bujang...

ye... kite hanye merancang... tuhan yg menentukan.... 

so??  Chillex~~


Allah Maha Mengetahui segala sesuatu... 

jgn putus berusaha...

jgn putus berdoa...

jgn putus beribadah...

teeeheeee.....


1 lagi kann....

ade beberapa org yg i syg dah kawen tahun ni dan mengandung anak first...
so sweeeeeeetttt...

actually i pon teringin nk ade isi dlm perut ni..... btol2 teringin nk rase...... jelessss... jelesss sesangattttt... T_T hukhukhuk....





k bai... hahahaha




Wednesday 9 July 2014

Ramadhan Kareem 2014

Assalamualaikum,

Bulan ini bulan ramadhan, bulan penuh berkah.
Bulan ini jgak org duk demm bola. bola sini, bola sana
Bulan ini jgak fasa yg terbaru dlm hidupku. first time kerja pd bulan puasa
Bulan ini bulan yg dipilih puak israel (yg direjam) utk mbelasah saudara islam kite.

Terlalu byk perkara lain yg terjadi sama ada dalam kita sedar atau x. Sama2 kita insafi diri, renungkan apa yg terjdi. Semua yg terjdi ade hikmahnye.

Sentap dan dan gementar takkala disedarkan dari mimpi kesenangan. 

  • Boikot Barangan Israel
  • Doa Senjata Umat Islam
  • Saudara kita di Gazza bersahur didunia, berbuka di syurga. Alangkah indahnya syahid dijalan Allah swt.

Qunut Nazilah


Maksudnya: 'Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.
Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur
Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.
Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.”
sumber : http://www.islam.gov.my/panduan-qunut-nazilah-0 

Selamat beribadah pada ramadhan kali ini. wassalam.

Friday 10 January 2014

missing you~~~~~

salam...skrg jam 1.45am.. bru je lepas borak ngan umi kt fon td.. tp dah trptus di tgah jln krana kehbisan krdt... xpuas ag borak sb dah 3 hr xsmpt nk kol.. so mcm2 la topic y kuar..topic y ptama, kes hujan dibelah pntai tmur y kdgranya spt hmpir ke glombg kdua y dijangka brlaku, rmai y dah brsiap sdia tuk pndah.. harap2 nya xblaku lg...topic kedua, pasal kete.. erm.. should i buy the new one or the scndhand? nk kne bt loan lg.. erm.. . nee advises from everyone bout this... topc ketiga..jodoh... erm topc pling hot..hahaha.. anyway im single but only availabe for syed..end of disscusns...

Tuesday 12 November 2013

Aku YaNG DUlU BukANLa Yg SeKARanG

Assalamualaikum...


waa... lame x menjenguk... maklumlaa aku yg dulu bukannyer yang sekarang..hahahaha~~`

aku yang dulu bukannye yg sekarang
dulu ku byk masa sekarag ku kurang msa..
dulu2 ku student sekarang ku dh bekerja~~~
hahaha~~~ syok sendiri plok buat lagu...
maaf la ye klu annoying...

ini masa boring so mcm2 nk mengarut jadinyer..

azam tahun ni~~~
- nak asah balik bakat2 lepas yg dah lme ditinggal kan..... webApp, androidApp n so on2
- nk sambung masters in computer sciences
- ParallelProgramming..... plez be in my heart hahahahah.... still alot to do..

InsyaAllah I can do it!!!!

Friday 3 May 2013

yum3....




Lame nyewwwww!!! ini kalilaaaaaaa

Assalamualaikum u'allzzzz....


fuh fuh fuh... berhabuk sudaaaa blog ku...
sorry lame x update... maklum laaa org pling buzy kt dunia ni kan...< tangan ke bahu... mata ke atas..>
anyway... i mmg xde idea pon nk update ape kt blog ni...
skdar suke2 jer...

ape2 pon.. i nk ucpkan selamt mengundi kpda sume2...
igt mengundi itu adalah tnggungjwb kita...
psnan dr sya... undi lh yg terbaik dari yg terbaik...

ok3... tu jewh..




happy votingssssss.....

bye2...


Sunday 10 June 2012

Jom kita Fahami maksud bacaan dalam solat


Takbiratul-Ihram / Takbir

Allah Maha Besar.


Doa Iftitah

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. 
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
 Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. 
Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. 
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.


Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
 Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. 
Yang menguasai hari pembalasan. 
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. 
Tunjukilah kami jalan yang lurus. 
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk

Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal

Wahai Tuhan kami bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud

Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, 
lindungilah daku, 
angkatlah darjatku,
 rezekikan daku,
 berilah aku petunjuk, 
selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. 
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
 Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. 
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. 
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. 
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. 
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. 
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
 Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. 
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. 
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. 
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. 
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
 Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. 
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. 
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. 
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. 
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. 
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. 
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
 Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. 
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. 
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabatsahabatnya. Salam Sejahtera ke atas kamu berserta rahmat Allah.