Bulan ini bulan ramadhan, bulan penuh berkah.
Bulan ini jgak org duk demm bola. bola sini, bola sana
Bulan ini jgak fasa yg terbaru dlm hidupku. first time kerja pd bulan puasa
Bulan ini bulan yg dipilih puak israel (yg direjam) utk mbelasah saudara islam kite.
Terlalu byk perkara lain yg terjadi sama ada dalam kita sedar atau x. Sama2 kita insafi diri, renungkan apa yg terjdi. Semua yg terjdi ade hikmahnye.
Sentap dan dan gementar takkala disedarkan dari mimpi kesenangan.
- Boikot Barangan Israel
- Doa Senjata Umat Islam
- Saudara kita di Gazza bersahur didunia, berbuka di syurga. Alangkah indahnya syahid dijalan Allah swt.
Qunut Nazilah


Maksudnya: 'Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.
Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur
Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.
Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.”
sumber : http://www.islam.gov.my/panduan-qunut-nazilah-0
Selamat beribadah pada ramadhan kali ini. wassalam.